skbpbp.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PIATU
Alamat  :  SK. BUKIT PIATU, 28700 BENTONG, PAHANG.   
Tel : 09-2201312            Faks : 09-2201314
e-mel : skpiatu@gmail.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | SEJARAH | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | Untitled | MARQUEE | Untitled | Untitled |

BERITA TERKINI

STORY TELLING COMPETITION

10 April 2006 - Sebanyak 10 buah sekolah telah mneghantar peserta untuk 'Story Telling Competion' peringkat daerah Bentong. Pertandingan ini dijalankan di Pusat Sumber SKBP. Ia telah dirasmikan oleh Guru Besar SKBP iaitu Encik Abdul Rashid Mahidin. Pertandingan ini dijalankan bagi memilih peserta untuk mewakili daerah Bentong ke peringkat negeri yang dijanka dijalankan pada Mei ini.

KONVOI KELUARGA KE WET WORLD SHAH ALAM

8 April 2006- Seramai 25 buah keluarga staf akedemik dan staf sokongan SKBP telah mengadakan Hari Keluarga di Shah Alam. Mereka memang menunggu hari yang dirancang ini kerana ingin merasai suasana mandi manda di kolam awam. Keadaan ini terjadi kerana selama ini mereka hanya dapat mandi jeram, sungai dan perigi di Bentong sahaja.

Khabarnya dalam perjalanan ke Shah Alam, ahli-ahli konvoi berlumba-lumba hinggakan beberapa buah kereta ahli disaman kena memecut melebihi 120 km sejam. Mereka juga tidak menghiraukan papan tanda lebuh raya Kesas.

Setibanya di tempat yang ditujui, mereka bergegas terjun untuk mandi tanpa mempedulikan anak-anak mereka. Orang ramai kehairanan kerana ibu bapa mereka mandi manda dengan gelak gembira melebihi anak-anak mereka. Khabarnya setelah dinasihati oleh pengawal di situ barulah mereka beredar untuk balik!

10 ORANG AHLI TAE KWAN DO TERPILIH UNTUK DEMO

9 April 2006- Seramai 10 orang ahli Tae Kwan Do sekolah ini telah terpilih untuk membuat demontrasi seni mempertahankan diri yang dipelajari oleh mereka di Majlis Perasmian Pusat KRT Taman Bukit Chamang.

Dalam demontrasi ini para pengunjung terpesona dengan kehandalan para peserta yang memecahkan pasu bunga yang disediakan. Beberapa ahli pula kelihatan membuat 'flying kick' hingga menyebabkan jurulatih tersandar  kelatihan.

KLINIK BOLA SEPAK "FIRST TOUCH"

15 April 2006 - Seramai 40 orang murid menyertai program First Tuch anjuran FAM. Penganjuaran program tersebut dibuat untuk memberi pendedahan teknik bole sepak yang sebenar kepada kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun. Program ini dikendalian oleh 4 orang juru latih iaitu Encik Zihan, Encik Ahmad Saiful Zaman, Encik Abd Hakim dan Encik Saiful.

Salah seorang peserta yang ditemui menyatakan hasratnya dapat membentuk pasukan bagi mengadakan perlawanan dengan pasukan My Team yang sedang hangat di TV3.

SKBP TEMPAT KE 3 BOLA JARING

15 April 2006- SK Bukit Piatu telah mendapat tempat ke-3 dalampertandingan bola jaring peringkat Daerah Bentong. Pertandingan ini telah diadakan di SK(F) Chemomoi 58 km dari sini. Warga SKBP cukup berbangga walupun dalam keaadaan 'mabuk free' akibat memlalui jalan yang bengkang-benkok seperli ular kena palu, para pemain berusaha memberi saingan dalam setiap perlawanan.

Nida Najihah, salah seorang pemain memeberitahu bahawa dia yakin pasukan SKBP boleh menjadi johan pada tahun ini jika tidak kerana mereka disuruh melalui jalan yang bengkang-bengkong. Bagaimanapun, Nida yakin tahun hadapan pasukannya akan menjadi juara pada tahun hadapan.

SARAH SAHIRAH TEMPAT KE-2 "STORY TELLING"

16 April 2006- Seoparang murid 5 Anggerik SKBP telah berjaya mendapat tempat kedua dalam "Story Telling Competition" yang diadakan di SK Karak. Sarah berkata dia hairan kenapa tidak menjadi johan dalam pertandingan tersebut kerana dia telah mengunakan Bahasa Inggeris orang putih yang betul berbanding dengan peserta lain.


                     Sebarang pertanyaan, pandangan atau penambahbaikan sila hubungi :                              

                            Encik  Zabidi  bin  Othman   (GPM SK. Bukit Piatu)      hp : 019-2465693       email : hellokidi@gmail.com


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: